Saturday, June 18, 2016

Jelajah 60 Buah Negara Dalam Masa 4 Tahun, Lelaki Ini Bertemu Islam di Tengah Jalan



Hanya sekadar kejar impian pada mulanya

Empat tahun lepas, lelaki ini bertekad untuk meninggalkan rumah dan mengejar impiannya menjelajah dunia. Antara negara-negara yang dijelajahinya termasuklah : Turki, Indonesia dan Malaysia.

Pada mulanya dia hanya ingin mengejar impiannya sahaja. Namun, Michael Rupert, 29, tidak menyangka penjelajahannya ke 60 buah negara dalam masa 4 tahun itu akan menemukannya dengan Islam.

Rupert yang berasal dari Belgium berkongsi kisah penjelajahannya di Facebook @starringyouworldwide.


Rezeki Mencurah-Curah

Kita tentu tahu, apabila 'travel' dalam jangka masa yang lama, salah satu kekangan yang perlu diatasi adalah masalah kewangan. Tapi, rezeki Rupert ketika menjelajah sangat murah apabila ada individu-individu yang baik hati menderma untuknya semata-mata kerana ingin melihat dia terus menjelajah dunia. Sebagai balasan atas derma, Rupert akan menghantar kepada penderma poskad dan turut mendermakan wang-wang yang diterima kepada mereka yang lebih memerlukan seperti contoh sebuah sekolah di Zimbabwe.

Selain itu Rupert juga menyampaikan ceramah-ceramah inspirasi kepada sekolah-sekolah terbabit.




Dipertemukan Dengan Islam Ketika Tinggal Bersama Keluarga Angkat

Rupert bukannya seorang Muslim ketika dia memulakan penjelajahannya. Namun dia mula tertarik dengan Islam apabila dia menghabiskan masa dengan keluarga angkat muslim di Malaysia dan Indonesia.

"Selepas tinggal bersama beberapa keluarga muslim di Malaysia dan Indoensia, saya menjadi tertarik dan timbul soalan seperti : Apa yang mereka baca di dalam Quran? Apa yang mereka lakukan di masjid? Apa yang mereka sambut ketika hari perayaan? Ia menjadikan saya tertarik ke arah Islam"



Memeluk Islam pada umur 28 Tahun

Menurut Rupert, dia memeluk Islam pada umur 28 tahun. Rupert berkata ketika tinggal bersama keluarga angkatnya yang beragama muslim, dia tidak pernah dipaksa untuk menukar agama tapi dia tertarik dengan cara hidup mereka.

Terinspirasi dengan perkara itu, Rupert mula mendalami Islam di masjid-masjid tempatan di Kuala Lumpur (Malaysia) dan Jakarta.

Menerusi temuramah dengan mvslim, Rupert juga turut bercakap tentang persamaan adat di dunia dan berharap agar manusia dapat hidup dengan aman damai biarpun mempunyai perbezaan.

Kini kisah penjelajahan Rupert menjadi inspirasi buat orang ramai dari seluruh dunia dengan kagum dengan kebaikan yang dibuat olehya.

Nota : Kandungan artikel diambil dari Mvslim.com

Tuesday, August 27, 2013

‘Tak Sangka ALLAH Balas Cepat’

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada suatu suatu kisah menarik yang dikongsikan sebuah akhbar agar dapat dijadikan renungan dan iktibar kepada kita semua..

Tak Sangka ALLAH Balas Cepat.


Sekadar Gambar Hiasan
 
Ketika saya dan suami berkunjung ke Melaka untuk menziarahi sahabat, kami mengambil peluang singgah ke Kota A Famosa, monumen bersejarah yang menjadi kebanggaan bandar raya pelancongan itu.

Selepas puas menaiki beca keliling bandar, kami singgah ke surau di Bandar Hilir untuk Solat Asar. Ketika itu, panas mentari masih terik walaupun sudah menjengah petang.

Saya duduk di atas bangku menunggu suami yang saya fikir masih belum keluar dari surau. Rupa-rupanya, dia sudah pun bersembang dengan seorang penarik beca tidak jauh dari tempat saya.

Ketika saya menghampiri mereka, perbualan sudah pun tamat. Suami mengiringi langkah pakcik beca itu dengan pandangan seribu makna membuatkan saya hairan dan tidak sabar mahu bertanya.

“Kenapa? Macam serius bersembang?” Soal saya ingin tahu.

Sambil menggeleng-gelengkan kepala, dia mengajak saya masuk ke kereta kerana petang itu juga kami perlu sampai ke Shah Alam atas urusan lain.

“Sembang apa?” Soal saya lagi selepas memasang tali pinggang keledar. Suami masih menggelengkan kepala sambil menjawab,

“Lepas ni, jangan kedekut untuk bersedekah. Malu betul saya dengan pak cik tadi,”

Eh, lain pula yang dia jawab. Saya masih meneka-neka dalam hati. Kenapa pula suami jadi macam ni? Nak tanya lebih-lebih, bimbang terlalu mendesak pula. Akhirnya, saya diamkan sahaja.

Dermakan segumpal wang

Separuh perjalanan suami membuka cerita. Katanya, keluar sahaja dari surau, dia berjalan-jalan untuk melihat orang ramai di situ. Sedang berjalan-jalan, dia disapa seorang kanak-kanak berusia lingkungan 11 tahun.

Kanak-kanak itu menjinjit beg sandang berisi buku agama dan panduan solat sunat. Dia mendekati suami dan seperti yang mungkin anda biasa lalui, dia mempromosikan buku itu atau sekurang-kurangnya minta anda menderma.

Walaupun hairan dengan kewujudan kanak-kanak itu, suami menghulurkan juga RM1 dan menolak untuk membeli bukunya. Dengan langkah berat, kanak-kanak itu beralih pula kepada pakcik beca yang sedang menunggu pelanggan kira-kira 10 langkah daripada suami.

Dari jauh suami memerhati gelagat kanak-kanak itu. Lelaki lewat 50an itu pada mulanya menyerahkan RM5. Tersenyum kanak-kanak itu tadi apabila pakcik beca juga menolak untuk menerima buku daripadanya.

“Pakcik derma saja,” jawab lelaki tua itu..

Selepas kanak-kanak itu pergi, dia menyeluk pula saku seluarnya dan mengeluarkan segumpal RM1 dan RM5. Kalau dicongakkan, mungkin lebih RM20.

“Adik!” Lelaki tua itu menjerit memanggil semula kanak-kanak yang sudah beberapa langkah berlalu darinya. Kanak-kanak itu berpaling dan berlari perlahan mendekati pakcik beca semula.

“Nah ambil ni,” katanya sambil menepuk-nepuk bahu si kecil.

Kanak-kanak itu kelihatan terkejut namun tetap mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan senyuman sebelum bersalam mencium tangan pakcik itu, dan berlalu pergi. Ketika itulah suami yang kehairanan mendekati pakcik beca.

Upah naik beca

Suami memberi salam dan disambut mesra pakcik beca. Apabila suami amati, lelaki itulah yang membawa kami bersiar-siar tadi.

“Saya perhatikan pakcik, mula-mula pak cik beri RM5, lepas tu beri lagi segumpal duit. Banyak tu. Kenapa ye?” Suami bertanya.

Dengan senyuman lelaki tua itu menjawab “Saya kesian.”

Jawapan pakcik itu bersahaja tapi ia membuatkan suami lebih hairan.

“Tapi, pak cik pun kerja bawa beca. Itu pendapatan hari ini ke?” soalnya.

“Tak apalah. Saya ni masih kuat lagi. Boleh bawa beca tu cari duit lain. Tapi budak macam tu sepatutnya pergi sekolah. Terpaksa cari duit dengan cara macam tu. Apalah sangat akal seorang budak,” jawabnya lagi.

“Tapi, mana tau ada sindiket ke, menyamar ke, atau…” ujar suami yang mahu memberi alasan lain sebelum pakcik itu tiba-tiba memintas kata-katanya.

“Pak cik tak fikir sejauh itu. Ia urusan ALLAH. kita doa yang baik-baik saja pada mereka,” jawabnya.

Suami terpempan dengan jawapan pakcik beca. Melihat pakcik beca mahu berlalu, suami hulur sedikit wang kepada pakcik itu, tapi dia menolak. Suami paksa juga sambil bersalam dan menyelit wang di celah-celah tangannya.

“Pakcik anggap saja sebagai upah bawa saya dan isteri naik beca tadi,” kata suami memujuk pak cik itu untuk menerima pemberiannya.

Dengan senyuman pak cik itu menjawab, “Pakcik sedekah tadi ikhlas dan tak minta balasan. Tak sangka secepat ini ALLAH balas sedekah pakcik,” katanya.

Kenyataannya buat suami rasa terpukul apatah lagi membandingkan kemampuan kami dengan pak cik beca yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang itu. Saya pula kelu seribu bahasa.

Memang betul kata pakcik itu. Kadang-kadang, bila ada yang minta sedekah, ada saja suara hati yang melarang dengan kata-kata seperti mungkin sindiket, kenapa tak kerja, duit hanya cukup untuk bulan ini dan pelbagai alasan lain yang mengehadkan saya daripada bersedekah.

Teringat pesan emak, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Banyakkan memberi walaupun hanya RM1. Anda bagaimana? Setiap detik yang kita lalui itu ketentuan ALLAH. Dia menghantar kanak-kanak kecil menjual tasbih mahupun buku untuk menguji kita. Untuk memberi kita peluang berbuat pahala dan mengurangkan dosa.

Anggap saja, mungkin kita sudah lama tidak bersedekah hingga ALLAH datangkan mereka betul-betul di hadapan mata. Soal sindiket atau tidak, tipu atau sebagainya, itu bukan urusan kita. ALLAH Maha Mengetahui.

Glob Tertua Di Dunia Yang Diukir Atas Telur Burung Unta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, percayakah anda, glob tertua di dunia diukir di atas sebiji telur burung unta? Penyelidik Belgium, Dr S Missinne berkata, glob bertulisan Latin itu mengandungi garisan halus sempadan negara yang sebelum ini pernah dinyatakan oleh pengembara terkenal dunia, Christopher Columbus.

Friday, August 23, 2013

Didalam sistem Jakim sudah buat pengesahan bahawa produk ini memang tidak ada dalam senarai halal. sila periksa sendiri dengan taip "mi Pama atau mi bak kut teh" di laman web tersebut:
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/en/malaysia-halal-directory/126-direktori-halal-malaysia


Masalah utama :
1. Mi Pama bukan logo halal jakim (logo tidak diiktiraf)
2. Mi Bak kut teh (nama lain bagi babi)
3. Tulisan cina lebih besar (syarat pengiklanan tak ikut)

Dan didalam Malaysia memang ada beberapa badan dan syarikat pengeluar halal, dan syarikat-syarikat ini bukan lah dari halal Jakim. ianya syarikat swasta halal yang kita tidak tahu dari mana. Jakim tidak pernah mengakui halal mereka ini. Jakim hanya boleh mengambil tindakan, jika menggunakan halal yang tidak di daftarkan dan halal palsu. Halal mi pama ini bukanlah halal palsu, cuma halal yang diambil dari syarikat swasta yang didaftarkan entah siapa pemilik dan kaedah halal mereka.

Sokong Mi Segera melayu jati bumiputera Islam:
1.Adabi Mi Segera
2.SajiMee Segera
3.Agromas Mi Segera
4.Faiza Bihun Segera